apalaa nak jadi dgn fakulti aku skang ni...lepas satu, satu kes terbongkar...semua melibatkan orang2 yg berpelajaran tinggi..semua yg masuk 'u'..yang ajar plak ilmu tu pada orang lain...diorang ni xfikir tentang keberkatan ke...bulan2 gaji masuk bagi anak bini makan...jadi darah daging..kalau kadang2 or sorang dua yang buat perangai xpe...ni dah jadi budaya yg dah melekat sebati dalam diri masing-masing..
kes pertama ni, orgnya dah senior kt fakulti..dan sangat tidak popular...dan dia antara manusia-manusia di fakulti yg paling jarang ditemui di pejabat or di kwsn2 yg sewaktu dgnnya...bila disebut manusia-manusia, bermakna spesis ni bukan sorang je ada kt fakulti aku, saaaangat ramai...bersepah yg nampak muka setahun sekali..macam raya plak...sangat tidak menyumbang apa-apa kat fakulti...ilmu yg disumbangkan kpd pelajar tu, aku xtaulah setakat mana...rupanya dalam diam-diam dan dlm pada jarang ditemui tu ada udang disebalik mee...diam-diam berisi rupanya..dan isinya tu pulak diletakkan dlm wallet...ishhh wak kayoo...sepandai-pandai tupai melompatlaa kan..Allah itu Maha Mengetahui....bila aku baca report, Ya Allah xsangka betul dia ni...ilmu dunia je tinggi melangit, tapi bab akhirat tak pikir..aku yg bukan ustazah pun tau itu salah...bertaubatlaa wahai si polan, jangan ulang lagi usaha kumpul kesenangan anda itu...tak ke mana pun kalau dah tak ada keberkatan...
selang 3 hari, aku dikhabarkan dengan kes ke-2...yg sorang ni junior lagi, tapi kes mengalahkan org yg dh ada ilmu peringkat profesor..cik abang oii, ko tu baru nak bertatih kat fakulti, berjalan pon belum betul lagi..hala tuju pon belum nampak..KPI pon belum capai, dah pandai buat perangai tak senonoh...amboii kebal sangat ke diri anda tu, tak takut pada peraturan ke...tak takut kena tindakan ke...ingat cik abang oii, awak tu masih terikat dengan peraturan UPSI..bukan bekerja sendiri bolehlaaa buat suka hati mak bapak...jagalaa sikit nama baik fakulti..nama baik sendiri xnak jaga, suka hatilaa kan...tapi pandang dulu kiri kanan, bertindak dengan waras..bukan ikut nafsu...walaupun awak blh buat sesuka hati, nak kawin lari ke, nak buat maksiat ke, berenti dlu jadi staf fakulti, haaa lepas tu lantaklaa ko nak buat apa..xpayah nak menyesakkan fikiran dekan n pentadbiran fakulti dgn tindakan-tindakan x berpelajaran ko tu tau...
No comments:
Post a Comment